Thursday 27 June 2013

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T

Tahukah anda apa kelebihan menghafal Al-Quran ?

1.  Ganjaran Dunia

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran

2. Mayat Tidak Reput

Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUKdan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah

a - Para Nabi
b - Para Syuhada'
c - Para Alim Ulama
d - Para Ahli Jihad
e - Para Hafiz Al-Quran
f - Imam atau pemimpin yang adil
g - Tukang Azan. 
h - Wanita yang mati kelahiran/beranak
i - Orang mati dibunuh atau dianiaya
j - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang   beriman.

3. Ibu bapanya mendapat kemuliaan

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

4. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi Muhammad S.A.W

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

5. Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

6. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Begitulah kelebihan-kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu wajib dipelajari bagi kita umat islam kerana didalam sembahyang pun kita membaca Al-Quran. Jadi marilah kita sama-sama membaca,menghafaz dan mengamalkannya agar kita mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T di dunia dan diakhirat - insya' Allah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud 

"Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka." (Surah Thaha ayat 123)

Sumber : Blog Akademi Darul Quran Darul Huffaz

Wednesday 26 June 2013

DERMA PEMBINAAN TAHFIZ

AKAUN TAHFIZ :-

Untuk Pengurusan Pentadbiran
MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN SERI PAGI (PENTADBIRAN)
BIMB : 0501 2010 0797 25

&

Untuk Wakaf Pembinaan Tahfiz
MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN SERI PAGI (WAKAF)
BIMB : 0501 2010 0797 14